Rabu, 18 Oktober 2017 | 6:49pm

Harga petrol, diesel naik 1 sen

 

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel masing-masing naik sebanyak satu sen bermula tengah malam ini.

Bagi tempoh 19 Oktober hingga 25 Oktober depan, harga runcit petrol RON95 naik daripada RM2.16 ke RM2.17 seliter, manakala RON97 daripada RM2.46 ke RM2.47 seliter.

Harga runcit diesel pula naik daripada RM2.10 kepada RM2.11 seliter.

Harga runcit mingguan bagi produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui akaun Twitter rasminya, sebentar tadi.

Mekanisme harga minyak secara mingguan berkuat kuasa 29 Mac tahun ini.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

Berita Harian X