Khamis, 26 Oktober 2017 | 8:19pm
KEADAAN siling kanopi serta beberapa palang di Plaza Tol Ipoh Selatan tertanggal dan rosak akibat kejadian ribut petir, petang tadi. Foto - Ihsan pembaca.
KEADAAN siling kanopi di Plaza Tol Ipoh Selatan tertanggal dan rosak akibat kejadian ribut petir petang tadi. Foto - NSTP/Muhaizan Yahya

Siling bumbung Plaza Tol Ipoh rosak akibat ribut

IPOH: Sebahagian siling bumbung dan beberapa palang di Plaza Tol Ipoh Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini tertanggal dan rosak dalam kejadian ribut petang tadi.

Kejadian itu menyebabkan sisa yang runtuh bertaburan di atas lebuh raya di lokasi berkenaan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat disertai dengan angin kencang pada jam 5.50 petang.

Katanya, susulan itu siling di plaza tol berkenaan runtuh dan beberapa palang mengalami kerosakan.

KEADAAN siling kanopi serta beberapa palang di Plaza Tol Ipoh Selatan tertanggal dan rosak akibat kejadian ribut petir, petang tadi. Foto - Ihsan pembaca.

"Siling kanopi (bumbung) yang runtuh dan beberapa palang rosak yang rosak hanya membabitkan empat lorong sahaja.

"Bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan sebarang mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, susulan kejadian itu empat lorong di plaza tol berkenaan ditutup hingga menyebabkan berlaku sedikit kesesakan.

Katanya, setakat jam 7 malam tadi dua daripada empat lorong berkenaan dibuka semula, namun kerja-kerja pembersihan masih dijalankan. Difahamkan, kejadian itu turut menyebabkan kerosakan beberapa pokok di situ.

Berita Harian X