Isnin, 6 November 2017 | 7:05pm
VIRAL yang mendakwa tarif elektrik akan dinaikkan bagi mengelakkan TNB kerugian. Ini adalah kenyataan lama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 16 Mei 2014.

Berita kenaikan tarif elektrik adalah palsu

PUTRAJAYA: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini menafikan kenyataan 'Tarif Elektrik Terpaksa Dinaikkan Bagi Melindungi TNB Daripada Kerugian - Najib Razak', yang kini viral di media sosial.

Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang, dalam satu kenyataan berkata, berita itu tidak benar dan hanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat umum.

"KeTTHA juga ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang menjadi viral itu sebenarnya adalah kenyataan lama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 16 Mei 2014.

"Sehubungan itu, pihak kementerian sudah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan lanjut dengan serta merta," katanya.

Berita Harian X