Rabu, 8 November 2017 | 3:49pm
PASUKAN 70 RAJD (Rejimen Askar Jurutera Diraja) menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan di Pencawang Elektrik Tmn Desa Damai, Pulau Pinang.
PASUKAN 70 RAJD (Rejimen Askar Jurutera Diraja) menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan di Pencawang Elektrik Tmn Desa Damai, Pulau Pinang.
PETUGAS TNB sedang menjalankan kerja pembaikan, pembersihan dan pengujian kepada pepasangan yang terbabit banjir.
PETUGAS TNB sedang menjalankan kerja pembaikan, pembersihan dan pengujian kepada pepasangan yang terbabit banjir.

Bekalan elektrik hampir pulih sepenuhnya

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) sudah memulihkan 105 daripada 113 pencawang elektrik (PE) yang dihenti tugas di Pulau Pinang akibat banjir, setakat jam 3 petang ini.

Pengurus Besar Kanan (Distribution Network) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, berkata daripada jumlah itu, 78 PE dipulihkan melalui grid, sementara 27 PE lagi menggunakan set janakuasa bergerak (genset).

"Dengan perkembangan itu, hanya tinggal lapan PE sahaja yang masih dihenti tugas iaitu di Seberang Perai.

"Dalam pada itu, kerja-kerja memulihkan bekalan masih giat diteruskan, bagi mengembalikan bekalan elektrik secepat mungkin," katanya dalam kenyataan di sini.

Pengguna di Pulau Pinang dinasihatkan untuk merujuk kepada Facebook TNB Careline atau menghubungi talian TNB Careline 15454 bagi mendapatkan maklumat terkini bekalan elektrik.

INFO

• 8 daripada 4,852 pencawang (PE) masih dihenti tugas

• Babitkan 869 pengguna domestik, komersial (48) dan industri (4)

Berita Harian X