Khamis, 9 November 2017 | 5:42pm
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Batal syarikat gajikan warga asing tanpa permit

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sudah mengeluarkan Pekeliling Kuasa Pendaftar untuk membatalkan entiti perniagaan yang didapati mengambil warga asing tanpa permit sah sebagai pekerja.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata mereka termasuk pemilik syarikat yang membenarkan operasi perniagaan dijalankan warga asing terbabit.

"Menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pula, pelbagai langkah sudah dilaksanakan secara kerjasama dengan agensi penguatkuasaan berkaitan.

"SSM sentiasa komited dalam menangani isu penyalahgunaan lesen perniagaan oleh warga asing di negara ini," katanya menjawab soalan Dr Ismail Daut (BN-Merbok) di Dewan Rakyat, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X