Khamis, 16 November 2017 | 7:11pm
KAWASAN pantai Tanjong Gemok yang dikatakan terdapat buaya ketika orang ramai sedang memancing di kawasan itu di Pantai Tanjong Gemok, Port Dickson. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Belum terima laporan buaya di Port Dickson

PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengesahkan tidak menerima laporan mengenai kehadiran buaya di sekitar perairan pantai peranginan daerah itu.

Namun, pengunjung mendakwa mereka sering melihat reptilia itu di pantai Tanjong Gemok dan perairan Kuala Lukut. Malah, pemancing di kawasan itu juga mendakwa kerap terserempak dengan haiwan itu yang timbul di permukaan air.

Yang Dipertua MPPD, Zamri Mat Kasim, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai kehadiran buaya di lokasi itu, seperti yang viral di Facebook.

"Bagaimanapun, kami akan terus memantau jika benar wujud kehadiran buaya di kawasan terbabit. Saya berharap mereka yang terserempak reptilia itu membuat laporan segera," katanya di sini, hari ini.

Zamri berkata, jika ada laporan, pihaknya akan memanjangkan perkara itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) supaya tindakan segera dapat diambil.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X