Selasa, 28 November 2017 | 12:10pm
TINJAUAN di balai berlepas KLIA selepas pembatalan semua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Denpasar, Bali sehingga esok, susulan ledakan Gunung Agung, Indonesia. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Semua penerbangan ke Bali dibatalkan hingga esok

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) masih meneruskan pembatalan semua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Denpasar, Bali sehingga esok, susulan ledakan Gunung Agung, Indonesia.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan media menyatakan maklumat mengenai jadual penerbangan baharu akan diketengahkan sejurus keadaan cuaca bertambah baik bergantung kepada pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar.

Syarikat penerbangan itu berkata, penumpang terjejas boleh mendapatkan bayaran balik sepenuhnya ke atas tiket dikeluarkan pada 27 November dan hari ini selewat-lewatnya pada 11 Disember 2017 tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Selain itu, bagi penumpang yang ingin melakukan penukaran destinasi ia hanya dibenarkan bagi perjalanan ke ASEAN termasuk Jakarta dan Surabaya.

Bagi memantau rapi situasi ini, Malaysia Airlines juga membuka kaunter di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di A19 untuk membantu penumpang terjejas.

Maklumat lanjut boleh berhubung di talian 1 300 88 3000 (Malaysia), +603 7843 3000 (luar Malaysia) atau +62 855 7467 0390 (Indonesia).

Sementara itu, bagi penerbangan AirAsia dan AirAsia X dari atau ke Bali dan Lombok hari ini turut dibatalkan atas punca sama, selain pembatalan tiket perjalanan dari atau ke Kalkota, India dan Kuala Lumpur.

Penumpang Air Asia akan dimaklumkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan email serta penumpang dinasihatkan sentiasa mengemaskini data peribadi di www.airasia.com.

Berita Harian X