Sabtu, 16 Disember 2017 | 12:02am
DATIN Seri Anggraini Sentiyaki, Datuk Shafik Fauzan Sharif, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Farid Kamil.
DATIN Seri Anggraini Sentiyaki, Datuk Shafik Fauzan Sharif, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Farid Kamil.

Isteri Tengku Adnan ketuai 169 penerima darjah kebesaran, pingat Pahang

KUANTAN: Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, mengetuai senarai 169 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar, Pekan, dekat sini, hari ini.

Anggraini yang juga Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Putrajaya, adalah seorang daripada 21 individu dianugerahkan darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima lain ialah Penasihat Undang-Undang Pahang, Datuk Shamsulbahri Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Abu Bakar Harun; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman.

Turut dianugerahkan SSAP ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal; Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Datuk Dr Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim.

Turut menerima SSAP adalah Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz; Pengarah Urusan Wirajaya Tuah Sdn Bhd, Datuk Azman Ismail; Pengarah Kotamas Development (M) Sdn Bhd, Datuk Wong Haw Ran; Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman; Pengarah Urusan Kharisma Wira Sdn Bhd., Datuk Azri Murad; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Darwis Abd Razak; Pengurus Singaport Technologies Engineering Pte Ltd, Lim Seng Hock.

Sementara itu, lima individu menerima Darjah Kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk antaranya Pengarah Urusan APEX Capacity Sdn Bhd, Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya (Maritim) Datuk Mohd Taha Ibrahim; Wakil Peribadi Anggota Parlimen Pekan, Datuk Zainal Abidin Pa'wan dan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Mohd Aripin Daud.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk kepada 12 individu antaranya Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin; Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari; Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST), Datuk Paddy Abd Halim; Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Zamyn Zuki Mohd Zuki.

Penerima DSAP lain ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Ab Qahar Osman; Timbalan Ketua Setiausaha (Dua Hala) Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin; Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar, S Jojie Samuel; Pakar Kardiologi dan Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Azar Azman Abu Bakar dan Pengarah Ibam Mining Sdn Bhd, Tong Yuw Choy.

Sementara itu, 78 individu dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk antaranya Pengarah KGSS Venture Holdings Sdn Bhd, Tengku Ferozdin Tengku Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope; Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Mohd Nasir Yusoff, Ahli Dewan Negara, Senator Zahari Sarip; Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan, Prof Dr Nasehir Khan E M Yahya.

Anugerah DIMP turut dikurniakan kepada Pengarah Hubungan Antarabangsa Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Norzuhdy Mohammad Nordin; bekas Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Mohd Zulkifli Mohammed; Pengarah Urusan Brilliant Star Construction (M) Sdn Bhd, Farah Zarina Johari Faisal Stephen; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Pahang, Sawalludin Ahmad; Pengarah Bahagian Pemindahan Antarabangsa Bantuan, Jabatan Penjara, Mohd Zawawi Ab Rahim.

Penerima DIMP lain ialah Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Masrizal Muhammad; Ahli Lembaga Pengarah TESDEC Services Sdn Bhd, Saiful Bahri Baharuddin; pelakon Aaron Mustapha Aziz; Ketua Unit Kardiologi Pusat Jantung dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr Oteh Maskon; Ketua Jabatan Pakar Perunding Kanan Neurosurgeri Hospital Sungai Buloh, Dr Azmin Kass Rosman dan pelakon serta penerbit filem FKX Film Sdn Bhd, Farid Kamil Zahari.

Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Brig Jen Dr Rushdi Abdullah; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Udara, Brig Jen Md Fauzi Saleh; CEO Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd, Leftenan Kolonel (B) Mohd Fadzar Suhada; Pengarah Eksekutif Kumpulan Gading, Leftenan Kolonel (B) Shafiee Mahat; Ketua Databank DNA Makmal Forensik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Hussein Omar Khan.

Turut menerima DIMP ialah Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, SAC Marzuki Kamaruzaman; Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Ronald Gan Yong Hoe; Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, SAC Dr Mustafa Khan Abdul Samat.

Penerima DIMP lain ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Ekonomi, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Surina Saad; Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Amanah Pelaburan Bhd, Sulaiman @ Mohamed Helmi Mohd Ilyas; Ketua Cawangan Agensi Penguatkuasaan Bahagian Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bukit Aman, SAC Fauzi Khan Ismail.

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK Bukit Aman, Senior Asisten Abdul Aziz Majid; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor, SAC Azman Ayob; Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) Jabatan Perhutanan Pahang, Mohd Basri Abdul Manaf; CEO MAFA Holdings Sdn Bhd, Dr Mohd Faudzi Musa; CEO Excel Force MSC Bhd, Mohd Fauzi Yaakub; Setiausaha UMNO Bahagian Paya Besar, Salihudin Ishak.

Bendahari UMNO Bahagian Temerloh, Mohd Yusop Nong; Pengarah Urusan Kurnia Industries Enterprise, Roslan Muhamad; Pengarah Urusan Premium Proaktif Sdn Bhd, Mohd Kamarul Haneff Yusop dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya Besar, Safariah Awang Ngah.

Sultan Ahmad Shah juga berkenan mengurniakan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada enam individu, Setia Mahkota Pahang (SMP) (lapan), Ahli Mahkota Pahang (AMP) (20), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) (enam) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 13 individu. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X