Selasa, 23 Januari 2018 | 9:26am
SK Kuala Kenyana di pedalaman bahagian Mukah, kini satu-satunya sekolah yang terjejas akibat banjir. - Foto ihsan APM
SK Kuala Kenyana di pedalaman bahagian Mukah, kini satu-satunya sekolah yang terjejas akibat banjir. - Foto ihsan APM

Banjir termenung: SK Kuala Kenyana masih tutup

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kenyana di pedalaman bahagian Mukah, kini satu-satunya sekolah yang terjejas akibat banjir di negeri ini.

Sekolah yang hanya ada 40 murid itu gagal beroperasi sejak dua minggu lalu berikutan paras air di laluan masuk dan sekitarnya masih pada paras 1.5 meter.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), 17 sekolah lain yang terjejas semalam sudah pulih sepenuhnya hari ini.

Katanya, bacaan paras air di stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menunjukkan petanda positif apabila hanya dua mencatatkan bacaan mendatar, iaitu Stesen Marudi dan Long Panai di Miri, manakala stesen lain mencatat penurunan.

"Laporan Jabatan Meteorologi juga meramalkan cuaca baik di seluruh negeri pagi ini," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X