Jumaat, 23 March 2018 | 7:22pm
IPOH 23 MAC 2018. Persiapan akhir giat dijalankan bagi Festival GegaRia edisi keempat yang akan berlangsung esok di Dataran Amanjaya, Meru. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA
Persiapan akhir giat dijalankan bagi Festival GegaRia edisi keempat yang akan berlangsung esok di Dataran Amanjaya, Meru. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Festival GegaRia tarik minat usahawan muda

IPOH: Orang ramai yang berminat menceburi bidang usahawan dan memerlukan nasihat serta khidmat pakar dalam bidang usahawan digital ekonomi boleh mendapat maklumat mengenainya pada program Festival GegaRia yang berlangsung esok di Bulatan Amanjaya di Meru, di sini.

Program Koordinator merangkap Pengurus Pengiklanan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohd Anis Abdullah, berkata dua gerai iaitu KitaOkay dan YouCanDuit akan dibuka dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia bagi memberi pelbagai khidmat.

Beliau berkata, antara lain ia akan memberi bantuan, latihan dan sokongan kepada usahawan menggunakan platform media sosial bagi tujuan promosi.


Propilena tertinggi dan terberat di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, Kota Tinggi. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Persiapan akhir giat dijalankan bagi Festival GegaRia edisi keempat yang akan berlangsung esok di Dataran Amanjaya, Meru. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

"Di gerai YouCanDuit, pelakon Erma Fatima yang popular dengan panggilan Mak Cun akan tampil khas bagi memberikan penerangan mengenai e-Usahawan secara lebih terperinci.

"Selain itu, mereka yang berminat dalam bidang usahawan bakal mendapat nasihat pakar berhubung cara pengurusan modal dan apakah perniagaan yang mereka boleh diceburi dan luaskan.

"Slot ini akan bermula antara jam 5.10 petang hingga 6.10 petang dan terdapat pelbagai nasihat kewangan yang boleh didengari," katanya .

YouCanDuit adalah kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital e-Rezeki dan e-Usahawan.

Dilancarkan pada Januari tahun lalu, program berkenaan berjaya memberi manfaat kepada 92,926 usahawan, manakala 101,693 usahawan sudah diberi latihan dalam bidang keusahawanan.

Mohd Anis berkata, selain program keusahawanan, GegaRia turut menampilkan beberapa individu terkenal di laman sosial media dengan mempunyai jumlah pengikut yang tinggi seperti Faizdickie and Ramona Zamzam.

"Kedua-dua mereka mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman sosial dan mereka akan membincangkan bagaimana media sosial dan dunia digital dapat memberikan impak yang besar," katanya.

Festival GegaRia edisi keempat akan bermula jam 8 pagi hingga 11 malam dan dibahagikan kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan.

Festival sehari ini sebelum ini diadakan di Shah Alam, Selangor; Johor Bahru, Johor dan Kuantan, Pahang.

Seramai lebih 30,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan festival kali ini.

Berita Harian X