Sabtu, 14 April 2018 | 1:12pm

Najib buat kejutan di Karnival Semarak Autism

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat kejutan apabila hadir di Karnival Semarak Autism di Pusat Konvensyen CIDB, dekat Cheras, di sini, sebentar tadi.

Beliau yang hadir pada jam 12.20 tengah hari meluangkan masa beramah mesra dengan kanak-kanak autism dan ibu bapa mereka.

Beliau turut berkesempatan melihat persembahan anak autism dari PERMATA Kurnia.

Najib singgah di karnival berkenaan selepas selesai majlis di Hospital Kajang pagi tadi.

Karnival Semarak Autism dirasmikan isteri beliau yang juga Penaung Program Permata Negara (PERMATA), Datin Seri Rosmah Mansor.

Karnival berkenaan diadakan bersempena Bulan Kesedaran Autism yang diraikan pada bulan ini.

14 dibaca
DATIN Seri Rosmah Mansor (dua kiri) melawat gerai pameran selepas merasmikan Karnival Semarak Autism 2018 di Pusat Konvensyen CIDB. - Foto Rosela Ismail
DATUK Seri Najib Razak (tiga kiri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (dua kiri) bergambar bersama dengan anak autism, Hafiz Izzuddin Zainudin,18 (tiga kanan) ketika hadir di Karnival Semarak Autism di Pusat Komvensyen CIDB, Cheras. - Foto Rosela Ismail
Berita Harian X