Jumaat, 20 April 2018 | 12:02am
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mustafa Daharun membaca Ikrar baiah dan sumpah selepas mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU 14 PAS Negeri Sembilan di Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan Kampung Ismail Ampangan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

PAS Negeri Sembilan tekad beri saingan sengit

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan malam ini mengumumkan bertanding di semua lapan kerusi Parlimen selain 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pesuruhjaya PAS Negeri, Mustaffa Daharun, berkata dua daripada keseluruhan calon adalah wanita, manakala seorang lagi calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri.

"Kita menampilkan ramai muka baharu kali ini iaitu kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan calon dengan hanya lima calon adalah muka lama.

"Kita yakin untuk menang di banyak kerusi ditandingi atau jika tidak menang, sekurang-kurangnya memberi saingan sengit," katanya pada sidang media selepas majlis pengisytiharan calon dan pelancaran manifesto PAS Negeri Sembilan di sini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mustafa Daharun (empat kiri) bersama barisan calon selepas mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Negeri Sembilan pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU 14 PAS Negeri Sembilan di Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan Kampung Ismail Ampangan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Pada majlis itu, Mustaffa diumumkan bertanding di Parlimen Jempol dan DUN Senawang; Timbalan Pesuruhjaya I, Rafiei Mustapha (Parlimen Kuala Pilah dan DUN Seri Menanti); Timbalan Pesuruhjaya II, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa (Parlimen Rasah dan DUN Labu) dan Timbalan Pesuruhjaya III, Abdul Razakek Abdul Rahim (DUN Repah).

Selain itu, calon Parlimen Jelebu ialah Norman Ipin; Shariffuddin Ahmad (Parlimen Seremban); Mustafa Dolah (Parlimen Rembau); Mahfuz Roslan (Parlimen Port Dickson) dan Mejer (B) Abdul Halim Abu Bakar (Parlimen Tampin).

Calon di DUN, Jamalus Mansor (Chennah); Hamran Abu Hassan (Pertang); Abdul Karim Shahimi Abdul Razak (Sungai Lui); Mazly Yasin (Klawang), Muhammad Alzukri Muhammad Yasin (Serting); Masdi Musa (Palong); Mohd Fairuz Mohd Isa (Jeram Padang); Mustafar Bakri Abdul Aziz (Bahau).

Sementara itu, Muhammad Ghazali Abu Bakar diumumkan calon DUN Lenggeng, Mohd Abu Zahrim Abdul Rahman (Nilai), Yaw Con Seng (Temiang), Rahim Yusof (Sikamat), Hassan Mohamed (Juasseh), Fazilah Abu Samah (Senaling), Ahmad Fadzil Othman (Pilah) dan Kamaruddin Md Tahir (Johol).

Masita Mohamed Ali pula diumumkan sebagai calon DUN Paroi, Rosmin Adam (Chembong), Ishak Omar (Kota), Noor Mohamad Rizal Ishak (Linggi), Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Sri Tanjung) dan Ishak Maasin (Gemencheh).

Berita Harian X