Rabu, 25 April 2018 | 12:14pm
AHMAD Zahid hadir di Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 di Stadium Batu Pahat. - Foto Adi Safri

Zahid lawat Batu Pahat, Pontian

BATU PAHAT: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba bagi merasmikan Majlis Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018, di Stadium Batu Pahat, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid melakukan lawatan kerja di daerah ini dengan beberapa acara lawatan dan mesra rakyat, termasuk melawat Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamed Aziz di rumahnya di Taman Sedap, Parit Raja, jam 12.45 tengah hari ini.

Timbalan Perdana Menteri selepas itu menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Batu Pahat di Dewan Haji Hashim, Kampung Parit Tengah, Rengit, jam 2.15 petang.

Pada jam 4.15 petang, Ahmad Zahid bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dijangka hadir pada Majlis Mesra Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penyerahan motosikal peronda baharu untuk kegunaan RELA Parlimen Pontian, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Betak, Pontian, sebelum dijangka ke Masjid Tanah, Melaka.

Berita Harian X