Jumaat, 4 Mei 2018 | 8:05pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama orang ramai yang hadir di Program Walkbout dan Klinik Niaga Bersama SME Corp di Telaga Walk. - Foto Sharul Hafiz Zam
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama orang ramai yang hadir di Program Walkbout dan Klinik Niaga Bersama SME Corp di Telaga Walk. - Foto Sharul Hafiz Zam

Penduduk Langkawi sambut Najib

LANGKAWI: Datuk Seri Najib Razak, hari ini singgah ke program Klinik Niaga Bersama SME Corp di Telaga Walk, dekat Jalan Pantai Chenang, di sini, sempena program walkabout di pulau pelancongan ini hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri tepat jam 6 petang itu disambut ratusan pengunjung yang mencuri peluang untuk bergambar dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, serta calon BN bagi kerusi Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat gerai pameran, sambil minum petang bersama tetamu utama di lokasi program.

Program Klinik Niaga Bersama SME Corp dianjurkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dengan kerjasama SME Corp dan dijangka menerima lebih 1,000 pengunjung.

Perdana turut menyertai walkabout di pasar malam Ayer Hangat, dekat sini, sebelum dijadual menghadiri program Malam Santai Industri Pelancongan Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) malam ini.

Berita Harian X