Isnin, 14 Mei 2018 | 9:58am
TUN Dr Mahathir Mohamad tiba di YKP untuk mempengerusikan mesyuarat khas bersama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha kementerian-kementerian. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
YAB PM Tun Dr. Mahathir Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan pada pagi ini.
YAB PM Tun Dr. Mahathir Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan pada pagi ini.

Dr Mahathir jumpa semua KSU

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) kira-kira jam 9.10 pagi tadi bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha kementerian-kementerian.

Difahamkan, mesyuarat tertutup berkenaan akan membincangkan pelaksanaan 10 janji kerajaan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Lebih 50 pengamal media termasuk wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi berkumpul di luar perkarangan YKP sejak 8 pagi tadi.

Buat masa ini, pengamal media yang hadir belum menerima apa-apa arahan untuk masuk ke bangunan berkenaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X