Isnin, 21 Mei 2018 | 10:03pm
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (duduk, tengah) berkenan bergambar kenangan bersama barisan kabinet Persekutuan yang baharu pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, hari ini. Turut bersama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (dua, duduk, kanan) dan isterinya, Normah Alwi (duduk, kanan), Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat, duduk, kanan) dan isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman (tiga, duduk, kanan), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (enam, duduk, kanan) dan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima, duduk, kanan), dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (lima, duduk, kiri) dan isternya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (empat, duduk, kiri), Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif (tiga, duduk, kiri), Menteri Kewangan, Lim Guang Eng dan isterinya Betty Chew Gek Cheng (kiri), Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Tan Sri Mazidah Abdul Majid (diri, kanan), Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad (tiga, diri, kanan) dan isterinya Azlin Hezri (dua, diri, kanan), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub (lima, diri, kanan) dan isterinya Fatimah Tahar (empat, diri, kanan), Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo (tujuh, diri, kanan) dan isterinya Sangeeta Kaur Sidhu (enam,diri,kanan), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamaruddin (sembilan, diri, kanan) dan suaminya Faridi Yaakob (lapan, diri, kanan), Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun (sepuluh,diri,kanan), Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (diri,kiri), Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegaran (tiga, diri, kiri) dan isterinya, Jayalechimi Do Kanapathy (dua, diri, kiri), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (lima, diri, kiri) dan isterinya, Ng Chi Ling (empat, diri, kiri), Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali (tujuh, diri, kiri) dan isterinya, Datin Seri Shamsida Taharin (enam, diri, kiri), Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (sembilan, diri, kiri) dan isterinya Dr Hamdah Mat (lapan, diri, kiri). - Foto BERNAMA

12 menteri pertama kali anggotai Kabinet

KUALA LUMPUR: Seramai 12 menteri yang mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini adalah muka baharu dalam Kabinet manakala dua daripada mereka pertama kali menjadi Ahli Parlimen.

Hanya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri, berpengalaman berada dalam Kabinet dengan memegang pelbagai potfolio, termasuk menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika dalam Barisan Nasional (BN).

Mendahului senarai yang menganggotai Kabinet buat kali pertama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.


Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyerahkan Surat Cara Pelantikan sebagai Menteri Dalam Negeri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh Menteri-Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Anggota Kabinet baharu lain ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (Menteri Kewangan); Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan); Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi).

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan); Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke (Menteri Pengangkutan); Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multimedia).


Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyerahkan Surat Cara Pelantikan sebagai Menteri Kewangan kepada Lim Guan Eng pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh Menteri-Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran (Menteri Tenaga Manusia); Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (Menteri Pendidikan) dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Mohd Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar) pula kali pertama menjadi wakil rakyat.

Bagaimanapun, Guan Eng dan Mohamed Azmin masing-masing berpengalaman sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor.

Berita Harian X