Isnin, 28 Mei 2018 | 3:53pm
AHLI Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, Datuk S Ambiga. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Syor, pandangan awam akan diperhalusi

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pembaharuan Institusi akan menilai semua pandangan yang diterima daripada pihak awam mengenai perkara berbangkit yang memerlukan pembaharuan.

Ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, Datuk S Ambiga, berkata pihaknya menerima banyak pandangan daripada orang awam yang mahu pembaharuan dilaksanakan pada institusi berkaitan.

"Pandangan diterima daripada orang awam amat menggalakkan. Mereka sangat berminat memberi pandangan mengenai masalah yang berbangkit.

"Kami berharap dapat menangani kebimbangan yang disuarakan orang awam ini," katanya kepada media ketika ditemui Menara Ilham di sini, hari ini.

Ambiga berkata, segala syor dan pandangan akan dibincang dan diperhalusi dalam tempoh beberapa minggu ini untuk diserahkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan sebelum dibentang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berita Harian X