Jumaat, 6 Julai 2018 | 8:59pm
PENGERUSI Kumpulan MPB, Datuk Mohd Nasir Ahmad (kanan); Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid (tiga dari kanan) bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (dua dari kanan) di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. - Foto Salhani Ibrahim
TETAMU yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad. - Foto Salhani Ibrahim
TETAMU yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad. - Foto Salhani Ibrahim
TETAMU yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad. - Foto Salhani Ibrahim
TETAMU yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad. - Foto Salhani Ibrahim
PENGERUSI Kumpulan MPB, Datuk Mohd Nasir Ahmad (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid (kanan) bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution (dua dari kiri) dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. - Foto Salhani Ibrahim

Rumah terbuka MPB meriah

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 tetamu hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Media Prima Berhad (MPB) yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, petang tadi.

Majlis tahunan itu turut dihadiri oleh orang kuat Media Prima antaranya Pengerusi Kumpulan, Datuk Mohd Nasir Ahmad; Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Farnida Ngah.

Hadir sama, Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP), Datuk Manja Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Radio Networks, Seelan Paul; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks, Johan Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali; Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Big Tree Outdoor Sdn Bhd, Shukor Ariffin.

Tidak ketinggalan juga, Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press (NSTP), Datuk Seri Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Komersial (CCO) NSTP, Alfian Talib, Pengurus Besar Perniagaan dan Pembangunan Digital, Azizi Othman; Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya dan Penyunting Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, hadir memeriahkan majlis.

Pada majlis itu sebanyak lapan gerai di bawah MPB turut dibuka kepada tetamu dengan pelbagai kegiatan turut disediakan.

Antara gerai yang disediakan ialah Hijab & Heels, CJ Wow Shop, Tonton dan gerai rangkaian radio MPB.

Majlis turut dihadiri beberapa kenamaan dan menteri seperti Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Majlis yang berakhir sekitar jam 8 malam tadi itu terus dibanjiri tetamu jemputan dan rakan-rakan artis yang terdiri daripada artis lama serta baru.

Antara yang kelihatan ialah Amar Baharin, Amyra Rosli, Bella Daly, Remy Ishak, Faezah Elai, Aishah Azman, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Berita Harian X