Sabtu, 15 September 2018 | 4:02pm

PDRM umum pertukaran 5 pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran lima pegawai kanan, berkuat kuasa 15 Oktober depan.

Menurut PDRM dalam satu kenyataan, Timbalan Pengarah (Gerakan/Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Zainal Abidin Kasim ditukarkan menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) KDNKA Bukit Aman.

Beliau menggantikan Datuk Azizan Abd Aziz yang ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Operasi) KDNKA Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Skuad Taktikal Khas 1, Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah STAFOC Skuad Taktikal Khas 1 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham pula ditukarkan ke jawatan Datuk Abdul Aziz.

Seterusnya, Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah menjadi Ketua Polis Daerah Sentul.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X