Isnin, 19 November 2018 | 8:01am

Dapatkan poster eksklusif #JomCintaNabi esok

KUALA LUMPUR: Sempena Maulidur Rasul yang bakal disambut di seluruh negara, BH akan menerbitkan poster eksklusif #JomCintaNabi dalam terbitannya esok.

Pembaca boleh mendapatkan poster yang mengandungi kronologi ringkas hidup Nabi Muhammad SAW, senarai semak sahsiah, akhlak dan sunnah serta azam menjadi pencinta Nabi 2019.

Penerbitan poster eksklusif itu bertujuan menyemarakkan kempen #JomCintaNabi yang dianjurkan oleh BH bermula 10 November lalu hingga 31 Disember ini.

Kempen #JomCintaNabi turut menampilkan peraduan Jom Selawat yang menawarkan hadiah keseluruhan RM50,000 dengan tarikh tutupnya pada 10 Disember ini.

BH turut menyiarkan poster mini 1 Hari 1 Sunnah dalam terbitan bercetaknya dan platform media sosialnya, iaitu di Facebook, Twitter dan Instagram.

Turut menyemarakkan kempen ialah selebriti tanah air melalui video klip selawat selebriti dan kumpulan qasidah yang disiarkan di media sosial dengan hashtag #JomCintaNabi.

547 dibaca
Berita Harian X