Isnin, 19 November 2018 | 8:06pm
Dr Mahathir (kiri) menerima kunjungan Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra. - Foto BERNAMA

Dr Mahathir diundang untuk lawatan rasmi ke UAE

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diundang untuk melakukan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Surat undangan diterimanya daripada Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan yang diserahkan kepadanya oleh Ketua Pengelola Istana Putera Mahkota (CPC) Abu Dhabi Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan, yang mengadakan kunjungan hormat kepada Dr Mahathir di pejabatnya di Perdana Putra di sini hari ini.

Pertemuan turut membincangkan isu-isu hubungan dua hala.

Istana Putera Mahkota Abu Dhabi adalah sebuah badan bebas yang diberi status penuh di bawah undang-undang sebagai sebuah badan kerajaan. Ia ditubuhkan pada 1976 untuk memberi khidmat sokongan kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.

DR Mahathir bersama Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan semasa menerima kunjungan Ketua Pejabat Putera Mahkota Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra. - Foto BERNAMA

Ia diketuai seorang ketua pengelola yang turut mewakili istana dalam lawatan-lawatan rasmi, acara serta majlis-majlis bersejarah dan sebagai wakil istiadat dalam perhubungan dengan pembesar dan kenamaan tempatan dan asing di Istana Putera Mahkota.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Peguam Negara Tommy Thomas dan Duta Besar UAE ke Malaysia Khalid Al Ghaith. – BERNAMA

Berita Harian X