Jumaat, 8 Februari 2019 | 3:01pm

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di utara menghala ke arah selatan dilaporkan perlahan setakat jam 1 tengah hari ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian utara perlahan dari Seberang Jaya menuju ke arah Seberang Perai, Changkat Jering ke Bukit Berapit, dari perhentian Rehat dan Rawat Sungai Perak menuju ke Terowong Menora hingga ke Plaza Tol Ipoh Selatan.

“Trafik turut bergerak perlahan dari Hentian Sebelah Simpang Pulai ke Gopeng, Gopeng ke Tapah dan Bidor ke Sungkai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, aliran trafik di bahagian selatan pula masih dilaporkan terkawal dan lancar setakat ini

.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 juga dilapor lancar di kedua-dua arah.

Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Berita Harian X