Sabtu, 16 Februari 2019 | 7:15pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (kanan) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto NSTP
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (kanan) dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto NSTP

Mujahid desak Hadi mohon maaf

PARIT BUNTAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengeluarkan surat meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan bertajuk ‘Ijazahnya ada, akalnya kerdil’.

Mujahid berkata kenyataan yang turut disiarkan oleh Harakah Daily itu walaupun ditulis secara kiasan, beliau percaya merujuk kepada dirinya.

“Berpandukan kenyataan diuar-uarkan dan tular kononnya saya kata Rasulullah SAW tidak masuk universiti, tiada ijazah, walhal saya tak kata.

“Tapi yang saya tak kata itulah Presiden PAS buat artikel bertajuk ‘Ada ijazah, akalnya kecil’ dan jelas ia secara berkias (kepada) seorang menteri, pastinya itu saya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia daerah Kerian di sini hari ini.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata penerbitan artikel itu menjejaskan imej beliau selain meluaskan lagi kepalsuan.

Bagaimanapun, Mujahid tidak pasti sama ada surat itu sudah dihantar atau sebaliknya oleh pegawai beliau.

“Saya telah keluarkan surat untuk tarik balik (kenyataan) dan mohon maaf sebab tak mungkin orang buat artikel tapi orang itu tak kata,” katanya sambil menambah langkah susulan akan diambil berdasarkan tindakan Hadi. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X