Jumaat, 5 April 2019 | 11:49pm
Pengunjung bergambar di Miracle Garden sempena MAHA 2018 di MAEPS, Serdang, Disember lalu. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Pengunjung bergambar di Miracle Garden sempena MAHA 2018 di MAEPS, Serdang, Disember lalu. - NSTP/Eizairi Shamsudin

MAHA 2020 bakal dianjurkan lebih besar dan mengagumkan

SERDANG: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2020 bakal dianjurkan dengan lebih baik dan lebih besar dari sebelumnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata pameran dwitahunan itu dijanjikan akan lebih meriah dan mengagumkan pengunjung yang bakal hadir ke tapak kekal MAHA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Dua tahun akan datang kita janji akan menjayakan MAHA 2020 yang lebih baik dan lebih besar serta akan mengagumkan kita semua,” katanya pada Majlis Makan Malam Apresiasi MAHA 2018, di sini malam ini.

Pada majlis yang sama, Salahudin turut merasmikan logo MAHA 2020.

Salahuddin berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MAHA 2018.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan saya yakin kita mampu gerak ke hadapan dan dapat terus bersama memajukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai kementerian yang menjadi penyumbang besar untuk ekonomi negara,” katanya. – BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X