Sabtu, 20 April 2019 | 4:45pm
KETUA Unit Komunikasi Korporat Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Asmawati Ahmad. - Foto Saddam Yusoff

Pertukaran 10 pegawai kanan polis berkuat kuasa 20 Mei ini

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 10 pegawai kanannya termasuk sembilan pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, berkuat kuasa 20 Mei ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata pertukaran membabitkan Ketua Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan/Anti Pemerdangangan Orang/Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa.

Katanya, Rohaimi akan ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/Gansterism JSJ Bukit Aman.

“Ini diikuti Ketua Bahagian (Perundangan) PDRM Urus Setia KPN (Pentadbiran), Bukit Aman, Datuk Moktar Mohd Noor ditukar sebagai Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) PDRM, Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

“Turut ditukarkan adalah Ketua Penolong Pengarah Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Skuad Taktikal Khas 1, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Zulkifli Che Wakil.

“Beliau akan ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang, JSJ Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya pertukaran juga membabitkan Ketua Penolong Pengarah (D7C) ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Marsus ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah (D3) Pencegahan ATIPSOM, JSJ Bukit Aman.

“Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan JSJ BUkit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Hedzir Hussin akan ditukarkan sebagai Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat JSJ Bukit Aman.

“Pertukaran juga membabitkan Penolong Pengarah Risikan (STAFOC) Skuad Taktikal Khas 1, JSJ Bukit Aman, ACP Azmi Abdul Rahim ditukarkan ke Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Gangsterism, JSJ Bukit Aman,” katanya.

Pertukaran lain katanya membabitkan Penolong Pengarah (D7B) Tahanan, JSJ Bukit Aman, ACP Baharudin Mustapha ditukarkan sebagai Penolong Pengarah (D14) Pengawasan/Tahanan JSJ Bukit Aman.

“Penolong Pengarah Risikan/Operasi Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Skuad Taktikal Khas 3, JSJ Bukit Aman, ACP Gan Tack Guan pula ditukarkan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan.

“Pertukaran lain, ACP (D7C) ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, ACP Azry Akmar Ayob ditukarkan sebagai Penolong Pengarah (D3) Siasatan/ Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO)/Antarabangsa, JSJ Bukit Aman,” katanya.

Asmawati berkata, pertukaran terakhir membabitkan Penolong Pengarah Risikan/Operasi ATIPSOM (STAGG) Skuad Taktikal Khas 3, JSJ Bukit Aman, ACP Hamzah Buman ditukarkan ke Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Selangor.

Berita Harian X