Isnin, 13 Mei 2019 | 10:14pm
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 50 pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim ATM pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga ATM di Masjid Khalid Al-Walid Kementah hari ini. - Foto BERNAMA
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 50 pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim ATM pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga ATM di Masjid Khalid Al-Walid Kementah hari ini. - Foto BERNAMA

Agong, permaisuri berbuka puasa bersama warga ATM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, di Jalan Padang Tembak, di sini, hari ini.

Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Panglima ATM, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Turut mengiringi baginda, Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; Timbalan Panglima Tentera Laut, Datuk Khairul Anuar Yahya dan Panglima Tentera Udara, Tan Sri Affendi Buang.

Turut hadir ke majlis berkenaan kira-kira 2,000 jemaah membabitkan orang awam dan warga ATM.

Al-Sultan Abdullah kemudian menunaikan solat Maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan.

Pada majlis itu juga, baginda menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 50 pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim ATM. - BERNAMA

Berita Harian X