Rabu, 22 Mei 2019 | 12:38pm

TPM rafak sembah takziah

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, hari ini.

“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya dalam catatan Twitter miliknya, hari ini.

Baginda mangkat pada jam 8.50 pagi ini dan berita itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, dijadual mengadakan sidang media berkaitan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah pada tengah hari ini di Wisma Sri Pahang. – BERNAMA

Berita Harian X