Rabu, 22 Mei 2019 | 2:57pm

PM rafak sembah takziah

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri merafak sembah takziah kepada kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, berkata Perdana Menteri dan isteri turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan kerabat diraja Pahang.

“Perdana Menteri dan isteri merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah dan seluruh ahli keluarga serta kerabat DiRaja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang ke-V pagi tadi.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang- orang yang beriman,” katanya.

Baginda mangkat pada jam 8.50 pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) dan berita itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

969 dibaca
Berita Harian X