Rabu, 22 Mei 2019 | 9:08pm
KENYATAAN Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar di laman Twitternya.

Kibar bendera separuh tiang - KSN

PUTRAJAYA: Bendera Malaysia perlu dikibarkan separuh tiang bermula hari ini hingga esok bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar, menerusi kenyataan di laman Twitternya.

“Merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

“Bagi menghormati kemangkatan Almarhum baginda tuanku, bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang mulai 22.5.19 hingga 23.5.19,” katanya.

Sultan Ahmad Shah, 88, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata Sultan Ahmad Shah diumumkan mangkat jam 8.50 pagi.

Berita Harian X