Khamis, 23 Mei 2019 | 12:05am
PIHAK Touch and Go (TNG) Malaysia menafikan mengeluarkan kad edisi terhad gambar Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang tular di media sosial.

TNG nafi keluar kad edisi terhad gambar Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Touch and Go (TNG) Malaysia hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan kad edisi terhad gambar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini tular di media sosial.

TNG dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, pelanggan juga dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada saluran rasmi media sosial mereka di Facebook dan Twitter @Mytouchngo untuk maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Sila berhati-hati dengan penipuan di atas talian. Hubungi kami melalui Facebook Messenger, e-mel di careline@touchngo.com.my atau +603 2714 8888 untuk sebarang keraguan,” katanya. - BERNAMA

1541 dibaca
Berita Harian X