Khamis, 23 Mei 2019 | 10:34am

Bendera Kedah dikibar separuh tiang

ALOR SETAR: Bendera Kedah dikibarkan separuh tiang pada hari ini bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar.

Pengumuman itu dimaklumkan Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) kerajaan negeri, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah, menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Dukacita dimaklumkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah telah mangkat pada hari Rabu, 22 Mei 2019.

“Justeru, bagi menghormati kemangkatan Almarhum baginda tuanku, bendera Kedah dan bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang pada hari ini berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi semalam, dan akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan, selepas Zohor.

Baginda adalah Sultan Pahang Ke-5 dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan, Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Berita Harian X