Khamis, 23 Mei 2019 | 11:49am
YANG Dipertua MPK, Datuk Fadzilla Salleh. - Foto Muhd Asyraf Sawal
YANG Dipertua MPK, Datuk Fadzilla Salleh. - Foto Muhd Asyraf Sawal

MPK arah semua pusat hiburan tutup sehingga Sabtu

KUANTAN: Semua pusat hiburan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) diarah menutup operasi mereka selama empat hari, berkuat kuasa semalam.

Yang Dipertua MPK, Datuk Fadzilla Salleh, berkata arahan penutupan operasi itu berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Sehubungan itu, pemilik pusat hiburan diminta mematuhi arahan terbabit yang berakhir Sabtu ini.

“Bagi menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah, semua premis hiburan perlu menutup operasi bermula semalam hingga Sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Semalam, Kerajaan Pahang mengumumkan cuti umum hari ini bagi memberi peluang rakyat memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah yang mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, berkata Kerajaan Pahang juga mengarahkan semua acara dan program berbentuk hiburan dijadualkan di seluruh Pahang dibatalkan, selain bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama 40 hari, bermula semalam.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X