Khamis, 23 Mei 2019 | 12:00pm
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan. - Foto Farizul Hafiz Awang

PM beri penghormatan kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah

PEKAN: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Beliau yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di sini, kira-kira jam11.05 pagi dan meluangkan masa lima minit di Balairung Seri yang menempatkan jenazah Sultan Ahmad Shah.

Antara kenamaan lain yang turut memberikan penghormatan terakhir adalah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan.

Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 8.50 pagi semalam.

Berita Harian X