Selasa, 28 Mei 2019 | 5:16pm
MENTERI Kerja Raya, Baru Bian (dua dari kanan) ketika merasmikan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya Sempena Aidilfitri di Kawasan R&R Klang Utara Lebuhraya Grand Sepadu. - NSTP/Saddam Yusoff

23 konsesi tol tawar diskaun pada raya pertama

KLANG: Sebanyak 23 syarikat konsesi lebuhraya menawarkan diskaun bayaran tol antara 10 hingga kepada kenderaan Kelas 1 pada hari pertama Aidilfitri.

Tiga syarikat konsesi lebuh raya lagi hanya memberikan diskaun di Tol Ampangan Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), Tol Pulau Indah Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) serta Tol Perling dan Tol Lima Kedai Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia - Singapura (Link Kedua).

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata diskaun tol khusus untuk pengguna bagi kenderaan Kelas 1 yang berkuatkuasa dalam tempoh 24 jam bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

“Ini seiring dengan sejajar tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat konsesi terbabit. Program pemberian diskaun tol kepada pengguna lebuh raya sempena musim perayaan mula dilaksanakan sejak 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Keselamatan Lebuh Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri di Kawasan Rehat dan Rawat Klang Utara Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (Grand Sepadu), di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir; Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan; Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Datuk Aziz Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia, Datuk Azman Ismail.

Baru berkata, melalui insentif CSR itu, pengguna pasti merasa lebih dihargai oleh syarikat pemegang konsesi lebuhraya, terutama ketika musim kemuncak menjelang Aidilfitri.

Berita Harian X