Selasa, 4 Jun 2019 | 9:39am
Laman Twitter LLM di www.twitter.com/llminfotrafik

Trafik perlahan di lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan, setakat jam 9 pagi tadi.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, trafik mulai perlahan dari Slim River ke Sungkai dan Sungkai ke Bidor berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Ada kemalangan membabitkan lori di Kilometer 415.1 arah selatan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar menyebabkan lorong kanan serta tengah terhalang, namun trafik terkawal.

“Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar, setakat ini.

“Trafik sedikit perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak berikutan pertambahan kenderaan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Berita Harian X