Selasa, 4 Jun 2019 | 9:59pm

Trafik di PLUS perlahan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di beberapa laluan masih sesak sehingga jam 9 malam tadi.

Berdasarkan laman rasmi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), bagi laluan menghala ke selatan, trafik perlahan dari Seremban ke Hentian Rehat dan Rawat Senawang dan Pedas Linggi ke Simpang Ampat, Melaka.

Bagi arah utara pula, trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Hospital Sungai Buloh berikutan kemalangan di Kilometer 454.

Trafik juga perlahan dari Slim River ke Sungkai, Gua Tempurung ke Gopeng, Perak dan Bukit Tambun ke Juru, Pulau Pinang ekoran kemalangan membabitkan lori serta kereta di Kilometer 147.4.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Berita Harian X