KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat ke Majlis Santapan Aidilfitri di Istana Negara, hari ini.
Terdahulu, baginda berdua menerima menghadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di Dewan Seri Mahkota, Istana Negara.
Baginda kemudian berkenan bersantap bersama anggota Kabinet kerajaan, kerabat, dif kenamaan utama dan duta asing di Dewan Santapan Utama, Istana Negara.
Baginda turut beramah mesra dan bersalaman dengan tetamu yang hadir selepas majlis santapan yang berlangsung kira-kira sejam. – BERNAMA