Isnin, 1 Julai 2019 | 12:04pm
AHLI-AHLI parlimen ketika Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. - Foto Eizairi Shamsudin

Dewan Rakyat zahir ucapan takziah kemangkatan Paduka Ayahanda Haji Sultan Ahmad Shah

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pagi ini menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Haji Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 22 Mei lalu.

Ahli Dewan Rakyat juga turut bertafakur selama seminit sebelum sesi persidangan bermula.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusoff, berkata kemangkatan baginda adalah satu kehilangan besar kepada negara dan ditangisi seluruh rakyat.

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, adalah Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 89 tahun dan dimakamkan di Makam Diraja, di Pekan, Pahang.

Berita Harian X