Khamis, 11 Julai 2019 | 12:25pm
PERLINDUNGAN insurans dan takaful perlu untuk melindungi anda dan keluarga.

Mengurus dan mengekalkan pelaburan anda bagi polisi Insurans Hayat /Sijil Takaful Keluarga

INSURANS hayat atau takaful berperanan penting dalam setiap perancangan kewangan masyarakat Malaysia.

Hari ini, polisi insurans / sijil takaful bukan sekadar membayar manfaat kepada orang yang anda sayangi selepas kematian anda, sebaliknya, ia merangkumi pelbagai keperluan perlindungan kewangan.

Insurans/takaful perubatan, per lindungan penyakit kritikal dan perlindungan kemalangan adalah antara tambahan yang sering digabungkan bersama dengan insurans hayat/pelan takaful keluarga anda.

Polisi moden/pelan takaful hari ini adalah lebih kompleks berbanding yang sebelum ini, apabila anda hanya boleh membayar premium/sumbangan setiap tahun dan mengemukakan polisi/sijil anda sehingga mungkin diperlukan oleh benefisiari anda.

Sebagai contoh, jenis polisi/sijil yang lazim dirujuk sebagai Polisi/Sijil Berkaitan Pelaburan atau ILP.

ILP dijual oleh penanggung insurans/pengendali takaful dan ia adalah produk insurans hayat/takaful keluarga yang paling banyak dibeli di Malaysia hari ini.

Jika anda memiliki atau sedang mempertimbangkan untuk membeli ILP, anda perlu memahami bahawa polisi/sijil anda dan perlindungan tambahannya perlu dikaji semula secara berkala untuk memastikan ia masih memenuhi keperluan anda.

Premium/sumbangan yang anda bayar perlu cukup untuk melindungi anda, bagi jangka masa diperlukan.

Apakah Polisi/ Sijil Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan?

ILP lebih fleksibel dan telus daripada perlindungan yang lebih

tradisional dan lama. ILP mempunyai beberapa ciri utama:

Ciri - Ciri Utama ILP

• Jumlah yang anda bayar (premium /sumbangan) adalah fleksibel dan boleh ditambah, dikurangkan atau dilangkau (cuti premium / sumbangan).

• Faedah boleh diselaraskan naik atau diturunkan.

• Sebahagian daripada premium/sumbangan polisi/sijil anda boleh dilaburkan dalam pelbagai dana yang ditawarkan oleh penanggung insurans/ pengendali takaful.

• Anda, pemegang polisi/pemegang sijil, memutuskan atau membuat pilihan terhadap dana, bergantung pada risiko anda.

• Dengan ILP, anda menanggung semua risiko pelaburan dan potensi ganjaran.

Dengan kata lain, nilai tunai anda tidak dijamin dan boleh naik atau turun bergantung kepada prestasi dana. Ini mungkin menjejaskan manfaat liputan perlindungan anda. Anda mungkin mempunyai kelonggaran untuk menukar dana sekiranya anda memilih untuk berbuat demikian.

Untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana Polisi /Sijil Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan berfungsi, sila rujuk Rajah 1.

Bagaimana Polisi /sijil Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan Berfungsi:

• Sebahagian daripada premium/sumbangan yang anda bayar dilaburkan dalam dana pelaburan pilihan anda

• Dana pelaburan ini digunakan untuk membayar caj insurans/ tabarru’ dan caj-caj lain

• ILP akan terus kekal, menyediakan anda dengan perlindungan dijangkakan yang anda tandatangani, selagi dana pelaburan mencukupi untuk membayar caj insurans/tabarru’ yang dipotong daripada dana setiap bulan.

Ketika kali pertama membeli/menyertai ILP, anda akan menerima "Ilustrasi Produk/Ilustrasi Jualan" atau IP/IJ.

IP/IJ menggambarkan bagaimana ILP anda berfungsi tahun demi tahun (mirip dengan Rajah 1 di atas) dalam bentuk berangka. Ia menunjukkan premium/sumbangan yang anda harapkan untuk membayar, caj insurans/tabarru', amaun manfaat kematian yang perlu dibayar kepada benefisiari anda dan amaun terkumpul dalam dana pelaburan anda.

Apa yang anda perlu ingat ialah pengiraan dalam IP/IJ adalah berdasarkan kadar ilustrasi hipotetikal untuk pulangan pelaburan dana yang anda pilih dan caj pelbagai faedah di bawah ILP anda.

Caj sebenar dan pulangan pelaburan boleh berubah sepanjang tempoh polisi/sijil. Oleh kerana pulangan dan caj mungkin berubah, baki dana pelaburan anda juga boleh berbeza-beza daripada IP/IJ.

Untuk memastikan ILP anda terus berkuat kuasa, anda sentiasa perlu mengekalkan keseimbangan yang mencukupi dalam akaun pelaburan anda untuk membayar caj insurans/tabarru' yang berterusan.

Ini akan mendorong keperluan untuk mengkaji secara berkala ILP anda.

Apakah Yang Boleh Mengurangkan Nilai Dana ILP Anda Dan Menjejaskan Kelestarian Polisi/sijil Anda?

Mari kita lihat faktor penting yang mempengaruhi kemampanan polisi /sijil anda dengan lebih terperinci di Rajah 2

A. Pelaburan Pulangan Ke Atas Dana Anda

Setiap penanggung insurans/ pengendali takaful yang mengeluarkan polisi /sijil ILP akan menawarkan anda satu atau lebih dana pelaburan yang mana ia memperuntukkan premium/sumbangan anda. Setiap dana pelaburan akan mempunyai objektif pelaburan dan tahap risiko serta ganjaran yang dinyatakan.

Biasanya, dana itu akan merangkumi pelbagai stok, bon, instrumen pasaran wang atau gabungan ketiga-tiganya.

Sesetengah dana akan menawarkan pelaburan hanya di Malaysia manakala yang lain mungkin termasuk pelaburan serantau, bahkan global.

Anda dinasihatkan, memilih dana pelaburan yang memenuhi selera risiko anda.

Dana juga boleh dibezakan oleh tahap risiko dan potensi ganjaran.

Contohnya ialah dua dana bon yang berbeza dengan pelaburan pertama dalam sekuriti kerajaan dan pelaburan kedua dalam bon korporat yang lebih tinggi tetapi berisiko tinggi.

Bon korporat yang lebih tinggi boleh menawarkan potensi pulangan lebih tinggi tetapi juga berisiko lebih tinggi.

Pulangan pelaburan sebenar dalam dana pelaburan anda adalah penting. Premium/sumbangan yang anda bayar dan pulangan sebenar dana pelaburan anda menentukan berapa lama ILP anda akan berkuat kuasa.

I. Jika dana secara konsisten berprestasi lebih baik daripada yang dijangkakan, ILP anda mungkin mempunyai nilai akaun yang lebih tinggi dan akan berkuat kuasa untuk tempoh lebih lama.

II. Jika pulangan secara konsisten kurang memuaskan daripada yang dijangkakan, maka nilai akaun anda dijangka kurang dan polisi /sijil ILP anda hanya akan berkuat kuasa untuk tempoh lebih singkat.

Ini adalah salah satu sebab mengapa semua Ilustrasi Produk/ Ilustrasi Jualan IP/IJ ILP diperlukan untuk menunjukkan kedua-dua senario pulangan pelaburan yang tinggi dan rendah, untuk menggambarkan bagaimana prestasi polisi/sijil di bawah senario pulangan pelaburan yang berbeza.

Perkara utama yang perlu diingat dengan dana pelaburan ILP anda, bahawa pulangan sebenar pasti berbeza daripada pulangan digambarkan dalam IP/IJ.

Tidak dapat dielakkan, akan ada tempoh yang mana prestasi sebarang dana akan melampaui atau kurang baik. Bergantung kepada keadaan pasaran, dana anda boleh mengalami pulangan negatif dalam tahun polisi/sijil tertentu.

Dengan ILP, anda menanggung risiko pelaburan penuh dan menikmati ganjaran yang terhasil Rajah 1 daripada prestasi dana anda.

B. Bayaran Premium/sumbangan

Pada permulaan polisi/sijil ILP, anda diminta untuk membayar satu premium /sumbangan atau premium/sumbangan biasa.

IP/IJ menggambarkan, tahap bayaran premium /sumbangan anda, berapa tahun polisi /sijil boleh dijangka akan berkuat kuasa di bawah senario pulangan pelaburan yang berbeza.

Perkara utama perlu diingat ialah bayaran premium /sumbangan anda fleksibel. Selepas polisi/sijil efektif, anda boleh meningkatkan, mengurangkan premium/sumbangan ataupun mengambil cuti premium /sijil:

(i) Meningkatkan premium /sumbangan anda akan menambah lebih banyak nilai akaun.

(ii) Mengurangkan atau melangkau pembayaran premium/sumbangan boleh mengurangkan nilai akaun anda dan polisi/sijil anda tidak akan berkuat kuasa selama yang anda inginkan.

C. Caj Insurans/Tabarru'

Anda boleh lihat dari Rajah 1 bahawa caj insurans/tabarru’ untuk perlindungan insurans/takaful anda (memberikan manfaat kematian dan sebarang perlindungan pilihan yang dipilih seperti insurans/takaful perubatan dan penyakit kritikal) akan ditolak setiap bulan dari nilai akaun dana pelaburan anda.

Caj insurans/takaful ini dijangka akan semakin tinggi apabila anda semakin tua dan telah diberi harga seperti itu dari awal.

Tuntutan insurans / tabarru' tertentu bagi perlindungan insurans/takaful, seperti insurans/takaful perubatan, boleh disemak semula dan mungkin meningkat lebih tinggi daripada jika dibandingkan dengan caj insurans / tabarru’ yang asal.

Ini akan berlaku jika kadar tuntutan sebenar meningkat secara konsisten daripada yang dijangkakan berbanding waktu anda mula membeli polisi /sijil dahulu.

Sekiranya ILP anda mempunyai faedah tambahan yang caj insurans/tabarru’ mungkin dikaji semula contohnya; insurans/ takaful perubatan, anda harus menyemak semula liputan perlindungan anda secara berkala untuk memastikan tahap premium/sumbangan yang anda bayar dapat membiayai caj insurans/ tabarru’ semasa dan yang akan datang.

Sila hubungi ejen, wakil/eksekutif kewangan bank atau penanggung insurans/pengendali takaful untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Saya Tahu Berapa Lama Perlindungan ILP

Dapat Dikekalkan?

Dalam usaha untuk membantu pemegang polisi/pemegang sijil ILP untuk mengurus dan memahami ILP mereka dengan lebih baik, penanggung insurans / pengendali takaful akan menyediakan pendedahan tambahan pada peringkat pembelian serta kemas kini tahunan mengenai kemampanan polisi/sijil masing-masing.

Pelaksanaan ini akan bermula dari 1 Julai 2019 dengan pengedaran bahan pendidikan mengenai "kemampanan", faktor yang mempengaruhi kemampanan dan pilihan yang tersedia untuk meningkatkan kemapanan ILP anda.

Ini akan diikuti dengan pendedahan individu bermula 1 Januari 2020 yang mana setiap pemegang polisi/sijil ILP akan menerima kemas kini tahunan yang menyatakan berapa lama polisi/sijil ILP mereka dijangka berkuatkuasa pada kadar premium /sumbangan semasa dan caj insurans/tabarru’.

Sebagai langkah interim, mulai 1 Julai 2019 hingga 1 Januari 2020, pemegang polisi/sijil sedia ada akan menerima notis jika terdapat risiko bahawa polisi/sijil mereka akan luput dalam masa satu tahun.

Apa Yang Boleh Dilakukan Jika ILP Tidak Dapat Dikekalkan Selagi Saya Memerlukannya?

Jika anda mengkaji semula perlindungan ILP, dan anda dapati bahawa perlindungan itu tidak mungkin dapat bertahan selama tempoh yang anda rasa anda perlukan, anda mempunyai beberapa pilihan:

1. Anda boleh tingkatkan jumlah premium/sumbangan yang anda rancang. Minta ejen anda, wakil/eksekutif kewangan bank atau penanggung insurans/pengendali takaful untuk mengira jumlah premium/sumbangan yang diperlukan untuk mengekalkan polisi/sijil anda untuk jangka masa liputan yang dikehendaki.

2. Anda boleh membuat penambahan satu kali “top-up” untuk premium/sumbangan. Ini adalah bayaran tambahan ad-hoc yang boleh anda buat pada bila-bila masa dan akan meningkatkan nilai dana ILP serta memanjangkan tempoh polisi/sijil anda.

Semak dengan ejen anda, wakil/eksekutif kewangan bank atau penanggung insurans/pengendali takaful mengenai peruntukan polisi/sijil tertentu yang mengawal bayaran tambahan untuk polisi /sijil anda.

3. Anda boleh mengurangkan jum lah jaminan/perlindungan atau mengurangkan atau membuang liputan tambahan.

Anda harus berbincang dengan ejen, wakil/eksekutif kewangan bank atau penanggung insurans/pengendali takaful mengenai keperluan perlindungan kewangan anda dan kemampuan premium/sumbangan, sebelum mengurangkan atau membuang liputan anda kerana ini akan membuat anda lebih terdedah kepada risiko sekiranya berlaku hal tidak dijangkakan.

Ringkasan

Fleksibiliti dan ketelusan serta keupayaan untuk menetapkan di mana premium/sumbangan anda dilaburkan adalah semua ciri yang diingini.

Walau bagaimanapun, dengan kelonggaran dan ketelusan, anda perlu menyemak polisi/sijil anda secara kerap untuk memastikan tahap serta tempoh perlindungan yang anda perlukan dijangka dapat disokong oleh jumlah premium/sumbangan yang anda bayar.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau soalan, sila hubungi ejen, wakil/eksekutif kewangan bank atau penanggung insurans/ pengendali takaful secara terus.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X