Selasa, 13 Ogos 2019 | 9:51am

Selamat Hari Lahir Ainul Mardhiah

KUALA LUMPUR: Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan lidahnya menyambut ulang tahun pertamanya hari ini.

Perkara itu dikongsi bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 di laman Instagramnya hari ini, yang turut memuatkan video terbaharu bayi comel itu.

“Alhamdulillah, cukup setahun. Semoga Allah SWT, merahmati dan melindungi kamu anak,” katanya.

Dalam video itu, Ainul yang comel memakai head band bercorak polkadot dan berwarna merah jambu itu diberikan belon bertulis ‘Happy Birthday Princess’ dan kelihatan cergas apabila teruja bermain dengan belon itu.

Turut teruja dengan perkembangan itu adalah netizen yang juga menitipkan ucapan buat bayi itu.

“Happy birthday ainul..semoga membesar menjadi baby yang sihat dan anak yang soleh..aminn,” intanhh08

“Baby ainul tomeel...semoga sihat sepenuhnya sampai bila-bila,” raihana_roy.

“Selamat ulang tahun sayang... semoga Ainul bertambah sihat dan kuat.. berbahagialah bersama keluarga yang memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi pada Ainul,” Junestaphon94

AINUL Mardhiah menyambut ulang tahun pertamanya hari ini. - Foto Instagram Ahmad Safiuddin Ahmad Razak
AINUL Mardhiah menyambut ulang tahun pertamanya hari ini. - Foto Instagram Ahmad Safiuddin Ahmad Razak
Berita Harian X