Khamis, 22 Ogos 2019 | 10:47pm
Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid (empat,kanan) Pengarang Eksekutif Komersial & Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan) bergambar bersama wartawan BH, pada majlis Anugerah Pelancongan Kesihatan Media (MTMA) 2019 . - Foto Mahzir Mat Isa

BH terima anugerah MTMA

Petaling Jaya: Akhbar BH menerima Anugerah Pasukan Editorial (Kepujian Tertinggi) Pelancongan Terbaik pada Majlis Anugerah Media Perubatan (MTMA) 2019 di sini, malam ini.

Hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi diterima oleh Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid.

Wartawan The New Straits Times (NST), Nadia Badarudin, dinobatkan Wartawan Pelancongan Kesihatan Terbaik dan Anugerah Rencana Terbaik bagi kategori media cetak menerusi artikel berjudul ' Siti Nurhaliza' s Heartwarming Journey to Motherhood'.

Nadia membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM16,000 berserta trofi.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.


Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Amiruddin Hamzah (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli (kiri) menyampaikan piala kepada Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid pada majlis Anugerah Pelancongan Kesihatan Media (MTMA) 2019 .- Foto Mahzir Mat Isa

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli; serta Pengarang Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Terdahulu dalam ucapannya, Amiruddin berkata, media berperanan penting dalam membantu meningkatkan industri pelancongan negara ini.

Sherene berkata, anugerah bertaraf antarabangsa itu dianjurkan buat julung kalinya oleh MHTC sebagai penghargaan terhadap sumbangan pihak media ke arah meningkatkan kesedaran mengenai pelancongan kesihatan di negara ini ke peringkat global.

"Kami menerima lebih 200 penyertaan dari seluruh dunia termasuk Afrika Selatan, Jerman, Croatia, United Kingdom, Bangladesh, Brunei dan Indonesia.," katanya.

146 dibaca
Berita Harian X