Isnin, 9 September 2019 | 9:58am
KUALITI udara sangat tidak sihat di Sarawak hari ini meningkat kepada empat kawasan dengan terbaharu Sarikei mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 202 pada jam 8 pagi ini. - Foto BERNAMA
KUALITI udara sangat tidak sihat di Sarawak hari ini meningkat kepada empat kawasan dengan terbaharu Sarikei mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 202 pada jam 8 pagi ini. - Foto BERNAMA
Pemandangan berjerebu di kawasan Kuching Waterfront. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pemandangan berjerebu di kawasan Kuching Waterfront. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pengusaha perahu tambang memakai topeng mulut ketika beroperasi di Sungai Sarawak. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pengusaha perahu tambang memakai topeng mulut ketika beroperasi di Sungai Sarawak. - NSTP/Hazreen Mohamad
Kualiti udara sangat tidak sihat di Sarawak hari ini. - NSTP/Hazreen Mohamad
Kualiti udara sangat tidak sihat di Sarawak hari ini. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pemandangan berjerebu di kawasan Kuching Waterfront. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pemandangan berjerebu di kawasan Kuching Waterfront. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pengawal Polis Pelancong memakai topeng mulut ketika meronda di sekitar Kuching Waterfront. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pengawal Polis Pelancong memakai topeng mulut ketika meronda di sekitar Kuching Waterfront. - NSTP/Hazreen Mohamad

4 kawasan udara sangat tidak sihat di Sarawak

KUCHING: Kualiti udara sangat tidak sihat di Sarawak hari ini meningkat kepada empat kawasan dengan terbaharu Sarikei mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 202 pada jam 8 pagi ini.

Tiga kawasan lain yang mencatat IPU melebihi 200 sejak semalam dan terus berada pada tahap sangat tidak sihat adalah Kuching (243), Samarahan (202) dan Sri Aman (244).

Bagaimanapun, kawasan yang berada dalam kualiti udara tidak sihat menurun kepada empat berbanding enam kawasan semalam iaitu Miri (102), Institut Latihan Perindustrian Miri (145), Sibu (173) dan Mukah (125).

Lima lagi Stesen Pengawasan Udara Automatik pula mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 (96), Bintulu (99), Samalaju (91), Kapit (96) dan Limbang (85).

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin, berkata sebanyak 40 tompok panas dikesan di negeri ini pagi ini dengan kebanyakannya membabitkan kebakaran hutan dan belukar.

Beliau berkata, keadaan itu memburukkan lagi fenomena jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan di wilayah Kalimantan, Indonesia.

Katanya, hari ini, sebanyak 646 tompok panas dikesan di wilayah itu, manakala 116 dikesan di Sumatera dan Brunei turut mencatat satu tompok panas.

“Justeru orang ramai khususnya di lokasi yang kualiti udaranya mencapai tahap sangat tidak sihat dan tidak sihat perlu mengurangkan aktiviti luar rumah, memakai topeng mulut jika keluar dan minum banyak air untuk memastikan kesihatan tidak terjejas,” katanya di sini, hari ini.

Berita Harian X