Isnin, 9 September 2019 | 2:33pm
Pemandangan berjerebu di kawasan Kuching Waterfront dengan tahap bacaan IPU 248 pada jam 12 tengah hari. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pemandangan berjerebu di kawasan Kuching Waterfront dengan tahap bacaan IPU 248 pada jam 12 tengah hari. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pemandangan berjerebu di kawasan Kuching Waterfront. - NSTP/Hazreen Mohamad

Pengusaha perahu tambang memakai topeng mulut ketika beroperasi di Sungai Sarawak. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pengusaha perahu tambang memakai topeng mulut ketika beroperasi di Sungai Sarawak. - NSTP/Hazreen Mohamad

Jerebu di Sarawak, UPSR esok diteruskan

KUCHING: Keputusan sama ada berlaku penutupan sekolah di Sarawak bergantung kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setiap hari pada jam 6 petang.

Bagaimanapun, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini tetap diteruskan esok dan hanya akan ditangguhkan sekiranya IPU mencapai bacaan 300 iaitu tahap berbahaya.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Azhar Ahmad, berkata secara asasnya, sekolah mengalami bacaan IPU melebihi 200 ke atas sepatutnya ditutup.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan pengetua dan guru besar. Sekiranya mereka membuat keputusan penutupan sekolah, ia mesti dilaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehingga jam 1 tengah hari tadi, Kuching, Samarahan dan Sri Aman, masing-masing merekodkan bacaan 249, 201 dan 246, iaitu tahap sangat tidak sihat.

Sehingga jam 1 tengah hari tadi, Kuching, Samarahan dan Sri Aman, masing-masing merekodkan bacaan 249, 201 dan 246, iaitu tahap sangat tidak sihat. - NSTP/Hazreen Mohamad
Sehingga jam 1 tengah hari tadi, Kuching, Samarahan dan Sri Aman, masing-masing merekodkan bacaan 249, 201 dan 246, iaitu tahap sangat tidak sihat. - NSTP/Hazreen Mohamad

Pengusaha perahu tambang memakai topeng mulut ketika beroperasi di Sungai Sarawak. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pengusaha perahu tambang memakai topeng mulut ketika beroperasi di Sungai Sarawak. - NSTP/Hazreen Mohamad

Sementara itu, Azhar berkata, arahan penangguhan peperiksaan awam boleh dikuatkuasakan mengikut Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan (Operasi Topeng) Bil 1/2005, antara lain membenarkan peperiksaan dibawa ke tarikh lain.

“Bagaimanapun, arahan itu bergantung kepada tahap bacaan IPU yang sudah mencapai 300,” katanya.

Sejumlah 40,448 calon menduduki UPSR di negeri ini dengan pihak jabatan sudah mengagihkan sejumlah 69,000 topeng kepada 713 sekolah di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah dan Sibu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X