Selasa, 10 September 2019 | 3:02pm
Murid sekolah menggunakan penutup hidung dan mulut disebabkan jerebu sebelum menduduki kertas II Matematik dalam UPSR di SK Green Road, Kuching, hari ini. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Murid sekolah menggunakan penutup hidung dan mulut disebabkan jerebu sebelum menduduki kertas II Matematik dalam UPSR di SK Green Road, Kuching, hari ini. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Keadaan di sekitar bandaraya Kuching dengan kualiti udara menunjukkan tahap bacaan IPU, 138 (peringkat tidak sihat) pada jam 2 petang. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Keadaan di sekitar bandaraya Kuching dengan kualiti udara menunjukkan tahap bacaan IPU, 138 (peringkat tidak sihat) pada jam 2 petang. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Keadaan sekitar bandaraya Kuching dengan kualiti udara menunjukkan tahap bacaan IPU 138 pada jam 2 petang. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Keadaan sekitar bandaraya Kuching dengan kualiti udara menunjukkan tahap bacaan IPU 138 pada jam 2 petang. - NSTP/Mohd Radzi Bujang

134 sekolah lagi ditutup akibat jerebu

KUCHING: Sebanyak 134 sekolah lagi di Sarawak ditutup pagi ini, susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap sangat tidak sihat, berbanding petang semalam.

Jabatan Pendidikan Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu menjadikan 409 sekolah rendah dan menengah ditutup setakat jam 10 pagi.

Katanya, sekolah berkenaan terletak di Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Lundu.

“Laporan yang diterima berkenaan penutupan sekolah akibat jerebu membabitkan 347 sekolah rendah dan 62 sekolah menengah.

“Penutupan itu menjejaskan sesi pembelajaran dan pengajaran 157,479 murid serta pelajar,” katanya.

Berdasarkan kenyataan itu, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan.

Keadaan sekitar bandaraya Kuching dengan kualiti udara menunjukkan tahap bacaan IPU 138 pada jam 2 petang. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Keadaan sekitar bandaraya Kuching dengan kualiti udara menunjukkan tahap bacaan IPU 138 pada jam 2 petang. - NSTP/Mohd Radzi Bujang

Dalam laporan sebelum ini, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin, berkata sebanyak 275 sekolah di lima daerah di Sarawak, ditutup hari ini.

Setakat jam 12 tengahari hari ini, tiga lokasi mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Sri Aman (192), Kuching (144) dan Kota Samarahan (121).

Sepuluh tempat lain pula mencatatkan bacaan sederhana dengan Sibu (76), SK Baram (69), Mukah (63), Miri (71), Bintulu (67), Samalaju (60), Kapit (62), Limbang (53), Sarikei (79) dan Institut Latihan Perindustrian Miri (64).

Sementara itu, Sumatera Indonesia mencatatkan jumlah tompok panas terbanyak, iaitu 391 dan Kalimantan dengan 255.

Berita Harian X