Khamis, 12 September 2019 | 12:35pm
KEADAAN ibu kota Kuala Lumpur berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan 125 pada jam 11.45 pagi ketika tinjauan dari Menara Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL). - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
KEADAAN jerebu yang menjejaskan pemandangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Nilai, Negeri Sembilan berikutan sehingga jam 11 pagi ini kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan sebanyak 124 iaitu tahap tidak sihat manakala Seremban dan Port Dickson mencatatkan bacaan sederhana iaitu pada kadar 98 dan 93. - Foto Iqmal Haqim Rosman
KEADAAN jerebu yang menjejaskan pemandangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Nilai, Negeri Sembilan berikutan sehingga jam 11 pagi ini kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan sebanyak 124 iaitu tahap tidak sihat manakala Seremban dan Port Dickson mencatatkan bacaan sederhana iaitu pada kadar 98 dan 93. - Foto Iqmal Haqim Rosman
KEADAAN ibu kota Kuala Lumpur berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan 125 pada jam 11.45 pagi ketika tinjauan dari Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Tahap jerebu masih tidak berkurangan

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di negara ini masih tidak menunjukkan tanda berkurangan, apabila 16 lokasi di beberapa negeri mencatatkan skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), pagi ini.

Setakat jam 11 pagi tadi, bacaan IPU di satu lokasi iaitu Johan Setia Klang, Selangor merekodkan bacaan sangat tidak sihat iaitu 211.

Sebanyak 16 kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat itu antaranya, Sri Aman (157); Jerantut (118); Tangkak (109); Tasek Ipoh (104); Seri Manjung (144); Batu Muda (143), Cheras (125) serta Putrajaya merekodkan bacaan IPU 126.

Kawasan lain, Kuala Selangor (140); Petaling Jaya (124); Shah Alam (132); Klang (136); Banting (121), Minden (106); Balik Pulau (136) serta Nilai, 124.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), dan berbahaya jika melebihi 300.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) minggu mengeluarkan kenyataan bahawa kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini memaklumkan melakukan operasi pembenihan awan (OPA) sekiranya keadaan atmosfera berada dalam keadaan yang sesuai.

Ketua Pengarahnya, Jailan Simon, berkata pihaknya dalam keadaan bersiap siaga untuk melaksanakan OPA dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Berita Harian X