Selasa, 17 September 2019 | 12:21pm
Pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia, Shamsul Afendi Zaini menutup pagar sekolah berikutan masalah jerebu melanda di sekitar Kampung Johan Setia, Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 8 pagi adalah 232 iaitu paras sangat tidak sihat. - Foto Faiz Anuar

12 sekolah swasta ditutup setakat jam 7 pagi

PUTRAJAYA: Sebanyak 12 sekolah swasta di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan Negeri Sembilan ditutup hari ini setakat jam 7 pagi tadi susulan jerebu.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan itu diterima Bahagian Pendidikan Swasta dan penutupan membabitkan 7,432 murid.

Katanya, empat sekolah di Selangor adalah Straits International School, Tenby International School Setia Ecohill, Tanarata International School dan Cempaka International School, Cheras.

“Bagi Kuala Lumpur, sekolah yang terbabit adalah Sri Utama School, Garden International School, Eaton International School dan Cempaka International School.

Pengawal Keselamatan, Hamdan Hamzah, 49 memantau murid Sekolah Kebangsaan Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan keluar dari sekolah berikutan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengarahkan semua sekolah di Port Dickson ditutup berikutan sehingga jam 9 pagi ini kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan sebanyak 212 iaitu pada tahap sangat tidak sihat. - Foto Iqmal Haqim Rosman

“Dua sekolah swasta di Putrajaya yang ditutup adalah International Modern Arabic School dan Nexus International School,

manakala di Cyberjaya adalah King Henry VIII School dan UCSI International School (Negeri Sembilan),” katanya dalam satu

kenyataan hari

ini.

Setakat jam 11 pagi tadi, empat stesen di seluruh negara mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat dan satu pada tahap berbahaya iaitu Sri Aman, Sarawak (367).

Berdasarkan bacaan dipaparkan laman web http://apims.doe.gov.my, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU di stesen Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan 236, Nilai (205) dan Port Dickson (213) serta Kuching,

Sarawak (220).

Berita Harian X