Khamis, 19 September 2019 | 7:41am
KEADAAN jerebu di Jalan Satok, Kuching. - Foto Hazreen Mohamad

PEMANDANGAN berjerebu di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa. - Foto Hazreen Mohamad

KEADAAN sekitar bandaraya Kuching dengan kualiti udara menunjukkan tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU pada jam 8 pagi pada peringkat tidak sihat iaitu 272 disebabkan pergerakan angin dari Kalimantan membawa jerebu teruk dari wilayah itu ke Sarawak - Foto L.Manimaran

Lebih 250,000 pelajar di Sarawak cuti

KUCHING: Sebanyak 809 sekolah di Sarawak diarah tutup hari ini berikutan kualiti udara yang tercemar akibat fenomena jerebu sejak dua minggu lalu.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, 705 adalah sekolah rendah dan 104 lagi sekolah menengah.

Berikutan penutupan sekolah itu, seramai 252, 237 pelajar bercuti dengan sebahagian daripada jumlah itu tidak bersekolah sejak Selasa lalu.

Penutupan sekolah itu membabitkan 17 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dengan Padawan mencatat jumlah tertinggi iaitu 103 sekolah.

KEADAAN jerebu di Jalan Satok, Kuching. - Foto Hazreen Mohamad
KEADAAN jerebu di Jalan Satok, Kuching. - Foto Hazreen Mohamad

PPD Kuching pula sebanyak 90, Samarahan (69), Saratok (69), Serian (65), Betong (61), Bau (44), Simunjan (42), Sri Aman (39), Kanowit (39), Meradong (35), Sibu (28), Lubok Antu (27), Sarikei (25), Julau (25), Lundu (25) dan Daro (23).

Sementara itu, kualiti udara di negeri ini semakin buruk dengan lima Stesen Pengawasan Udara Automatik mencatat bacaan Indeks Pencemaran sangat tidak sihat pada jam 7 pagi ini.

Berdasarkan maklumat laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan terbabit iaitu Kuching (271), Samarahan (229), Sibu (234), Sarikei (224) dan Sri Aman (206).

Lima lagi stesen, mencatat kualiti udara tidak sihat iaitu Bintulu (151), Mukah (195), Miri (109), Institut Latihan Perindustrian Miri (106) dan Samalaju (132).

Berita Harian X