Khamis, 19 September 2019 | 10:15am
Pengawal Keselamatan menutup pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Gita, Kuching. Sebanyak 890 sekolah di dalam 17 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di Sarawak ditutup hari ini akibat jerebu, meningkat 81 sekolah berbanding laporan awal pada jam 6 pagi tadi. - NSTP/Mohd Radzi Bujang

TERKINI: Lebih 250,000 pelajar di Sarawak cuti

KUCHING: Sebanyak 890 sekolah di dalam 17 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di Sarawak ditutup hari ini akibat jerebu, meningkat 81 sekolah berbanding laporan awal pada jam 6 pagi tadi.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan memaklumkan ia membabitkan 765 sekolah rendah dan 125 sekolah menengah membabitkan pelajar seramai 254,499 iaitu penambahan seramai 2,262 berbanding 252,237 dalam maklumat sebelum ini.

Penutupan sekolah itu membabitkan 17 PPD dengan Sibu mencatat jumlah tertinggi dengan 108 sekolah diikuti Padawan sebanyak 103 sekolah.

Pengawal Keselamatan menutup pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Gita, Kuching akibat jerebu. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Pengawal Keselamatan menutup pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Gita, Kuching akibat jerebu. - NSTP/Mohd Radzi Bujang

PPD Kuching pula sebanyak 90, Samarahan (69), Saratok (69), Serian (65), Betong (61), Bau (44), Simunjan (43), Sri Aman (39), Kanowit (39), Meradong (38), Sibu (28), Lubok Antu (27), Sarikei (26), Julau (25), Lundu (25) dan Daro (23).

Sementara itu, kualiti udara di negeri ini semakin buruk dengan enam Stesen Pengawasan Udara Automatik mencatat bacaan Indeks Pencemaran sangat tidak sihat pada jam 9 pagi ini, meningkat satu kawasan berbanding jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan terbabit iaitu Kuching (273), Samarahan (230), Sibu (239), Sarikei (230), Sri Aman (206) dan Mukah (201).

Empat lagi stesen, mencatat kualiti udara tidak sihat iaitu Bintulu (150), Miri (109), Institut Latihan Perindustrian Miri (108) dan Samalaju (133).

Pengawal Keselamatan, Mohd Faqrol Asraf mengikat notis penutupan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya, Kuching. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Pengawal Keselamatan, Mohd Faqrol Asraf mengikat notis penutupan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya, Kuching. - NSTP/Mohd Radzi Bujang

Berita Harian X