Khamis, 19 September 2019 | 1:38pm
Keadaan jerebu di Sungai Sarawak dan Bandaraya Kuching dengan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Keadaan jerebu di Sungai Sarawak dan Bandaraya Kuching dengan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat. - NSTP/Mohd Radzi Bujang

Udara Sarawak antara paling tercemar di dunia

KUALA LUMPUR: Enam lokasi di Sarawak tersenarai antara kawasan pencemaran udara tertinggi dunia berikutan masalah jerebu rentas sempadan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan laman web World’s Air Pollution: Real-time Air Quality Index (WAQI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), lokasi berkenaan merangkumi Kuching yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 270, Sibu (245), Sarikei (237), Samarahan (224), Sri Aman (212) dan Mukah (208)

Jabungtimur di Indonesia berada di tempat teratas senarai menerusi catatan paras berbahaya iaitu 332, diikuti daerah Langfang di China (309).

Pemandangan di Sungai Sarawak dan Bandaraya Kuching tersenarai antara kawasan pencemaran udara tertinggi dunia berikutan masalah jerebu. - NSTP/Mohd Radzi Bujang
Pemandangan di Sungai Sarawak dan Bandaraya Kuching tersenarai antara kawasan pencemaran udara tertinggi dunia berikutan masalah jerebu. - NSTP/Mohd Radzi Bujang

Jerebu yang melanda negara sejak dua minggu lalu menyebabkan 2,459 sekolah membabitkan seramai 1,732,842 pelajar ditutup bermula hari ini.

Sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta dua negeri iaitu Selangor dan Pulau Pinang ditutup dua hari bermula hari ini, manakala sekolah di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak ditutup sehari buat masa ini.

Berita Harian X