Jumaat, 20 September 2019 | 4:45pm
BALU kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31 (dua kanan) bersama anak-anak, Irfan Daniel, 10 (kanan), Nur Adriana Sakinah, 6 (kiri) dan Izzul zakly, 6 bulan di kediaman mereka di Kem Wardieburn, Setapak. NSTP/Salhani Ibrahim
BALU kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31 (dua kanan) bersama anak-anak, Irfan Daniel, 10 (kanan), Nur Adriana Sakinah, 6 (kiri) dan Izzul zakly, 6 bulan di kediaman mereka di Kem Wardieburn, Setapak. NSTP/Salhani Ibrahim

Balu Mejar Zahir rayu henti spekulasi

KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun, 31, meminta orang ramai menghentikan spekulasi negatif berterusan berhubung punca kematian suaminya

Beliau berkata, kejadian menimpa arwah suaminya disebabkan kemalangan ketika latihan dan mereka sekeluarga menerima takdir itu dengan reda.

“Kami sekeluarga meminta orang ramai menghentikan spekulasi berterusan kepada Allahyarham, kasihanilah kami kerana arwah sudah tiada dan tidak baik berkata mengenainya.

“Apa yang berlaku adalah kemalangan latihan, saya reda dengan pemergian arwah dan saya tak mahu individu luar mengaitkan kematian arwah dengan apa-apa.

“Kami sekeluarga turut berterima kasih kepada pihak kerajaan yang berjanji terus membantu menguruskan kebajikan kami terutama anak-anak pada masa depan,” katanya selepas menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kediamannya di Kem Wardieburn, di sini, hari ini.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada 4 September lalu selepas dipercayai terkena tembakan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, Nour Shafinar berkata, dia dalam persiapan akhir berpindah ke Ipoh, menjelang November ini, bagi meneruskan kehidupan seperti dirancang bersama arwah suaminya sebelum ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X